Assalamualaikum Mr.Blog...hai...
hari ni ntah nape aku rindu abah aku sangat...rindukan abahku yang dulu2...
yang sentiasa care dengan anak2nya...setiap kali aku nak demam pasti abah akan ada instinct tahu2 je anak die ni ngah sakit...
sentiasa menjadi hero pada anak2nya..
yang menjadi tempat untuk anak die mengadu...menceritakan masalah2 aku...
abah yang sentiasa berbangga dengan anak2nya...sebab anak2 die bukan macam anak orang lain yang bersosial...yang buruk perangai..dan sentiasa memalukan mak ayah mereka..
rindukan abah yang tidak pernah mengharapkan pembalasan
atas setiap pengorbanan yang abah lakukan..
apa yang abah mahukan melihat anak2 die berjaya dan menjadi insan yang berguna...
serta menjadi anak2 yang soleh dan solehah...
aku berharap setiap apa yang terjadi pasti di temui kebaikannya satu hari nanti...
aku mahu berjaya dengan cemerlang demi abahku yang telah banyak buat pengorbanan untukku dan familyku...aku percaya adik2 aku pun begitu juga....walaupun kami x pandai seperti anak2 orang lain...
sekurang2nya kami punya semangat dan kekuatan serta hormat pada ibu bapa kami...
kami punya azam untuk membahagiakan abah dan mami...
kalau berlaku apa-apa pada mami dan abah..kami akan sentiasa berada disisi abah dan mami....
kami dah banyak susahkan abahku...even mami pun sangat menyayangi abah sebab itu die sentiasa mengingati setiap pengorbanan abah dan menyara hidup kami sekeluarga dan memberi kami kesenangan...
aku dah berazam dan berjanji akan membuktikan abahku..yang aku akan berjaya...
dari kecik hingga kini ini yang aku harapkan...menggembirakan mami dan abahku...
aku percaya...dugaan dan cabaran Allah swt bagi sebab nak mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga...
biarlah sejauh manapun ujian Allah swt...semoga keluarga ku tetap Allah pelihara dan sentiasa mengekalkan silaraturahim...dan sentiasa eratkan kasih sayang diantara kami...ya allah lindungilah kami...
aku redha..biarlah sesusah manapun...aku berharap dan sentiasa berdoa....keluarga kami sentiasa bahagia...saling sayang menyayangi...
apa2 pun aku memang sayang abah and mami sangat2...
aku berdoa supaya Allah swt ampunkan lah setiap dosa mereka..dan sentiasa maafkan mereka...murahkan rezeki mereka...mudahkan urusan mereka didunia dan akhirat...jauhkan mereka dari syaitan,jin dan manusia yang punya hasad dengki...serta masukkanlah mereka ke dalam syurgamu ya rabbi...aminn..:)
0 Komen-Komen:
Post a Comment