hai mrBlog, hari ni hari sabtu....
puas aku fikir....puas aku pendam...tp hanya tuhan saja yang tahu apa ada pada hati ni...
aku ikut flow...aku ikut ape yang tuhan akan tentukan tuk saya.....
aku tahu...dugaan yang menimpa satu persatu pada seseorang akan menjadikan diri seorang tu makin kuat....makin tabah...
alhamdulillah...dugaan2 ni lah yang menjadikan aku seorang yang matang...
mmg pada mula nya aku mmg seorang yang mudah melatah...mudah saja nak nangis...nak marah....
tp lama2...aku sedar...semua tu akan buat kita makin sakit lagi...
muka pown akan jadi makin kedut...sebab marah2...nangis x sudah...akan buat kita lemah...x berdaya...dan akan asyik menyalahkan tuhan...
sedangkan kita harus bersyukur...tuhan bg dugaan kerana nak uji kita...sejauh mana kita boleh menyelesaikan satu masalah dengan mengharap Allah swt pasti ada bersama kita...insyallah...
Ingatlah, permata itu digilap di bawah tekanan yang sangat tinggi...Kalau takut tekanan, baik jadi batu biasa sahaja.
satu-satu yang terjadi...sakit mmg sakit bila orang yang kita percaya selama ini buat kita mcm x punya hati dan perasaan...gunekan kite untuk kepentingan diri mereka...sapa x sedih kan bila diri diperlaku sedemikian...sangat pedih...sebab kita dah banyak buat baik pada orang tu...tp apakan daya...sy bukan berkuasa nak hukum die...x guna nak berdendam...aku berserah pada tuhan...sebab aku percaya Allah maha adil...aku percaya pada karma....
tidak mengapalah...selagi sy diajar menjadi kuat...sy masih dan pasti akan tolong orang tu...
sy tak layak untuk berdendam...sy pasti dan yakin...semua ini ada hikmahnya..:)
Kalau kita buat baik dengan orang, orang itu mungkin tidak berbut baik pada kita. Kalau kita tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong kita. Tapi yakinlah, satu hari dan satu masa, Allah hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan tolong kita. Saya tahu dan saya yakin sebab saya sendiri telah mengalaminya.
Sebenarnya, masalah merupakan peluang untuk membuatkan diri kita menjadi kuat..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah menyusahkan dan mengecewakan kita,Kerana dia telah melatih kegigihan hati kita..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah menipu kita,Kerana dia telah menambah pengalaman kita.
Berterima kasihlah kepada orang yang telah mengejar kita Kerana dia telah membuatkan kita berlari sangat kencang,melebihi kelajuan normal kita..
Berterima kasihlah kepada Orang yang telah menjatuhkan kita,kerana dia telah menguatkan Kemampuan kita..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah memarahi kita,Kerana dia telah membantu menumbuhkan Ketenangan & Kebijaksanaan kita..
Berterima kasihlah kepada semua orang yang telah membuat kita kuat, tabah & berjaya...
kredit to:akuislam.com
cantik tu hanye lah subjektif....nak taw cantik seorang wanita tu bagaimana???
ini lah dia ciri2 wanita cantik itu....
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
kredit to: mediaserius.com
0 Komen-Komen:
Post a Comment