Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kala bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.
Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.
Bahagian tubuh yang jarang kita perhatikan adalah telinga. Padahal, fungsi telinga amat penting kerana merupakan salah satu pancaindera untuk memberi pendengaran. Semua pancaindera akan tidur ketika kita tidur, kecuali telinga. Sekiranya kita meletakkan jari pada mata orang yang tidur walaupun dalam jarak yang dekat, orang itu tidak mungkin nampak dan bangun. Namun sekiranya kita memekik dengan kuat dekat pada telinganya, orang yang tidur akan terjaga dan bingung. Telinga sebenarnya adalah bahagian tubuh yang amat menarik jika dibincangkan. Berbagai kepercayaan dan falsafah orang Melayu dapat dilihat melalui pertimbangan mereka tentang telinga. Sifat orang Melayu yang peka dan pemerhati ini wajar dijadikan renungan. Janganlah hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri…
Dalam beberapa ayat Al Quran, telah disebut tentang pendengaran dahulu sebelum penglihatan. Pihak saintis turut bersetuju bahawa telinga adalah pancaindera yang pertama bekerja semenjak manusia dilahirkan. Bayi yang baru dilahirkan belum sanggup menggunakan pancaindera matanya tetapi telinganya sudah boleh mendengar dan sebab itulah bayi boleh terkejut dengan bunyi yang kuat.
TELINGA LAMBANG KEPERIBADIAN
Ada orang yang malu menunjukkan telinganya. Mungkin kerana bentuk telinga itu kelihatan ganjil seperti terlalu besar, telinga capang, terlalu kecil dan sebagainya. Bagi masyarakat Melayu, bentuk telinga yang berbeza juga mempunyai makna tersendiri yang melambangkan sifat peribadi seseorang. Contohnya, telinga yang kecil dan tebal menunjukkan bahawa orang itu degil. Telinga yang tipis pula, menunjukkan orang itu pemarah.
Ada pula yang tidak mahu sebarang benda mengganggu permukaan telinga seperti rambut dan kain. Bagi kebanyakan kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD, mereka menjadi sensitif apabila bahagian telinga dan kuku dipegang oleh orang lain. Sebenarnya, mereka mengalami perasaan takut semula jadi dan menjadi tidak percaya kepada orang lain apabila orang lain menyentuh bahagian-bahagian itu kerana mereka takut dicederakan. Ada banyak kepercayaan orang Melayu tentang telinga. Ada yang mengaitkan telinga dengan kesucian seseorang gadis. Menurut orang tua tua, dara seorang wanita dapat dilihat dengan jelas sekali jika anda pandai menilainya melalui pinggul, buah dada, cuping telinga, tapak tangan dan sebagainya.
TELINGA LAMBANG KECANTIKAN
Namun telinga boleh menjadi lambang kecantikan sesetengah masyarakat. Bagi masyarakat Kayan, Kelabit dan kenyah, telinga melambangkan kecantikan. Sebab itulah wanita masyarakat itu menindik telinga untuk menggantungkan timah atau tembaga sehingga cuping telinga mereka menjadi lanjut. Anting-anting yang mereka gunakan sebagai perhiasan pula merupakan warisan turun temurun yang melambangkan status mereka di kalangan masyarakat.
PERGERAKKAN PADA TELINGA
Kita menganggap lucu jika ada orang yang boleh menggerakkan telinganya. Perbuatan itu sebenarnya kebolehan yang luar biasa kerana hanya haiwan yang lazimnya dapat menggerakkan cuping telinga. Jika kita perhatikan, kucing boleh menggerakkan telinga kerana deria pendengaran kucing kuat. Walaupun sedang tidur atau dalam posisi mana sekalipun, telinga kucing dapat menangkap bunyi yang mungkin merupakan musuh yang boleh mengancam.
Bayangkan kalau kita tiada cuping telinga,adakah pendengaran kita jelas? Jika cuping telinga ditolak ke depan atau ke belakang pula, bunyi jadi berbeza. Saiz dan bentuk cuping telinga juga memberi penerimaan pendengaran yang berbeza seperti mana bentuk alat pembesar suara yang digunakan sekarang. Orang Melayu telah lama peka tentang hal ini lantas mencipta peribahasa ‘pasang telinga’ untuk memberi makna orang yang secara diam-diam sedang mendengar perbualan orang lain.
Perubahan pada telinga juga berlaku apabila emosi seseorang terganggu atau berubah mendadak. Seseorang yang sedang gementar atau marah akan dapat merasakan bahang panas pada telinga. Telinga pula akan kelihatan merah. Sebab itulah masyarakat Melayu mengatakan melalui peribahasa, orang yang ‘telinga panas’ itu adalah orang yang mudah marah. Kalau kita ‘panas telinga’ pula bermaksud kita menjadi marah apabila mendengar khabar tentang sesuatu perkara.
TELINGA BERDESING
Adakalanya telinga menjadi berdesing atau berdenging tanpa sebab pada ketika yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu dahulu , perkara ini merupakan petanda akan berlaku sesuatu;
TELINGA KANAN berdesing
06 – 07 pagi
bermakna akan mendapat khabar buruk
07 – 08 pagi
bermakna akan difitnah oleh orang
08 – 09 pagi
bermakna akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lain
09 – 10 pagi
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga
10 – 11 pagi
bermakna akan ada penghalang dalam merencanakan perjalanan. sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu
11 – 12 tengahari
bermakna akan ada khabar yang kurang enak yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat
12 – 13 tengahari
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama
13 – 14 petang
bermakna akan ada undangan makan-makan
14 – 15 petang
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat
15 – 16 petang
bermakna akan ada berita daripada keluarga samada menggembirakan atau menyedihkan
16 – 17 petang
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan dilakukan dalam waktu terdekat
17 – 18 petang
bermakna anda sedang menjadi percakapan orang
18 – 19 petang
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda
19 – 20 malam
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan keluarga sendiri
20 – 21 malam
bermakna akan mendapat untung yang besar
21 – 22 malam
bermakna akan ada yang mengancam anda
22 – 23 malam
bermakna akan ada berita yang baik
23 – 24 malam
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta pada anda
24 – 01 pagi
bermakna akan ada sesuatu nasihat atau warisan yang diberikan oleh orang tua
01 – 02 pagi
bermakna akan ada perselisihan antara keluarga
02 – 03 pagi
bermakna segala perjalanan yang dikerjakan akan selamat dan sampai pada tujuannya.
03 – 04 pagi
bermakna akan ada yang sesuatu yang bernilai akan hilang
04 – 05 pagi
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja. Anda mungkin diberi peringatan dan amaran daripada ketua atau majikan
05 – 06 pagi
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda
TELINGA KIRI berdesing
06 – 07 pagi
bermakna akan ada tetamu yang menguntungkan anda dalam waktu terdekat.
07 – 08 pagi
bermakna akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat
08 – 09 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga terdekat
10 – 11 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan akan datang
11 – 12 tengahari
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan
12 – 13 tengahari
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu terdekat
14 -15 petang
bermakna akan kedatangan tetamu
15 -16 petang
bermakna akan berpergian jauh baik untuk urusan perniagaan atau urusan pekerjaan
16 -17 petang
bermakna akan mendapat undangan makan dari keluarga dan saudara terdekat.
17 -18 petang
bermakna dalam waktu terdekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha perdagangan yang dirintis dan dalam waktu terdekat akan naik pangkat dalam pekerjaan.
18 – 19 malam
bermakna akan menemui seseorang yang amat penting.
19 – 20 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta daripada seseorang dalam waktu terdekat ini.
20 – 21 malam
bermakna akan menerima keuntungan.
21 – 22 malam
bermakna akan menerima undangan perkahwinan daripada teman rapat
22 – 23 malam
bermakna akan didatangi pencuri.
23 – 24 malam
bermakna akan menghadapi penghalang dalam menguruskan perkara yang sedang dihadapi
00 – 01 pagi
bermakna semua cita-cita yang direncanakan akan segera tercapai
01 – 02 pagi
bermakna akan menerima khabar yang sangat menyenangkan
02 – 03 pagi
bermakna akan ada permusuhan dalam keluarga.
04 – 05 pagi
bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru
05 – 06 pagi
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan penyelesaian.
PENJAGAAN DAN KEBERSIHAN TELINGA
Penjagaan dan kebersihan telinga penting kerana telinga yang kotor menggelikan orang yang melihat. Serangan tungau telinga biasanya berlaku pada haiwan tetapi ada juga manusia mengalami masalah diserang tungau telinga. Tungau telinga adalah sejenis kutu yang sering menyerang telinga kucing. Spesies tungau yang sering menyerang telinga kucing adalah Otodectes cynotis. Tungau ini biasanya hidup dipermukaan saluran telinga tetapi dapat juga ditemukan di bahagian tubuh yang lain.
Apabila tungau ini menyerang, kita akan berasa gatal. Tungau telinga yang menyerang dalam jangka waktu lama dapat menyebabkan gangguan telinga yang serius kerana tungau ini bergerak dan hidup di dalam saluran telinga. Tungau ini terus hidup dengan memakan jaringan yang mati dan cairan seperti lilin yang dikeluarkan oleh telinga. Akibatnya, tungau telinga ini dapat menyebabkan jangkitan kuman yang lain. Akhirnya kegatalan dan jangkitan in menyebabkan kulit di saluran telinga menebal dan saluran telinga menyempit sehingga fungsi pendengaran sedikit terganggu.
TANDA DAN GEJALA
Biasanya tungau telinga tidak menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga. Namun jangkitan bakteria dan kuman pula dapat menyebabkan kerosakan selaput gegendang telinga. Apabila ini berlaku, bahagian tengah telinga menjadi parah sehingga boleh menyebabkan kita kehilangan keseimbangan dan gangguan saraf lain.
Tinnitus juga adalah gejala penyakit dan yang boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga. Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang-ulang.
Gejala gejala berkaitan:
* kurang pendengaran
* sakit kepala
* pening kepala(vertigo)
Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, antara punca-punca yang dikenalpasti:
* Saluran darah tidak normal
* Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
* Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
* Kecederaan kepala
* Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
* Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
* Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
* Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
* Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
* Angin ahmar
* Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.
Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas manakala gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:
* Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
* Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
* Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain
Komplikasi
* Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
* Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius
Rawatan
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya
Telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.
* Ubat-ubatanUbat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
* “Masking”
o Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
o Tinnitus “masker” untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
o Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas (rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
* Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini
Pencegahan
* Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
* Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
* Elakkan merokok
* Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
* Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
* Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
* Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.
0 Komen-Komen:
Post a Comment