hari aku nak share something la...
mate yg bhgian kanan aku dah dekat seminggu berkeding....ade yang mengatakan nak jumpe org jauh....n ade perkara baik berlaku....
pastu...
kalo berkedip bhgn kiri...kate ade perkara buruk akan menimpa diri....betul kew????
Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
- Tekanan (Stress)
- Kelesuan (Tiredness)
- Ketegangan Mata (Eyestrain)
- Kafein (Caffein)
- Alkohol (Alcohol)
- Kekeringan Mata (Dry Eyes)
- Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
- Alergi (Allergies)
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?
Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup. Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.
Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel yang lepas iaitu Eye Twitching.
TAZKIRAH
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu."
(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)
(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)
Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah.
Dari segi saintifiknya, pergerakan hujung mata tu dipanggil "fasciculation". Ia bermaksud pergerakan luar kawalan beberapa fiber otot tertentu, atau dalam kes cik/encik ohbanana ini, otot kelopak mata.
"Pergerakan" itu biasanya dalam bentuk denyutan, dan tak semestinya terjadi pada mata sahaja. Mungkin di antara kita pernah merasai, sama ada di kelopak mata, mahupun di pipi, di ekor mulut, kening dsb.
Ini kerana secara biasanya, keadaan ini bukanlah keadaan yang berpenyakit serius. Keadaan ini dinamakan "benign fasciculation syndrome"
Antara penyebab yang paling utama:
- Kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya Magnesium.
- Kekurangan air dalam badan (dehydration)
- Kepenatan melampau (exhaustion)
- Bahan makanan (caffeine di dalam kopi)
- Bahan kimia di tempat kerja (benzene, baja organic dll)
- Ubat-ubatan tertentu (inhaler asma, dll)
Pun begitu, sekiranya keadaan ini benar-benar mengganggu dan/atau diiringi oleh simtom-simtom lain seperti sakit, kebas dsb, adalah sangat disyorkan untuk berjumpa doktor atau doktor pakar. Pakar yang boleh membantu dalam situasi ini adalah pakar neurologi.
Berkenaan dari sudut Islam, saya tidaklah mengesahkan mahupun menafikan, ada atau tidak ada kaitan dengan perkara buruk dan sebagainya. Pun begitu, suka saya memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk"
Lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya"
( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)