Akhirnya aku Grad jugak!!! :)
Assalamualaikum~ haiiii mr.Blog....setelah sekian lama aku x berblogging...itu menunjukkan betapa sibuknya aku nak siapkan PSM dan nak abeskan semester akhir ni.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah S.W.T...akhirnya aku berjaya juga menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Teknologi Malaysia... Bermacam-macam ragam, masalah, perasaan sepanjang nak menghabiskan semester akhir ini... memandangkan aku belajar selama 3 1/2 tahun ...iaitu 7 Semester di UTM ...dah banyak aku nangis sepanjang aku di UTM ...bermacam-macam dugaan...sakit perit...dah banyak susahkan abah dan mami... dah banyak dah tabur duit...walaupun dapat biasiswa JPA tapi still mengharapkan duit mami abah...x cukup-cukup...huhuu...kesian mami dan abah... Perit memang perit...tapi aku amek ini sebagai cabaran untuk aku...terutamanya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) atau Dikenali sebagai Final Year Project (FYP)...